Tumpuan menjelang final Liga Juara-Juara daripada sudut pandangan Tottenham banyak yang berkisar kepada kecergasan bintang penyerangnya, Harry Kane.
Kapten England itu tidak tampil beraksi sejak kemenangan dalam peringkat pertama suku akhir ke atas Manchester City pada awal April dan terpaksa berlumba dengan waktu untuk cergas bagi menghadapi Liverpool di Madrid, awal pagi tadi.
Lantas, perdebatan hangat timbul sama ada Kane patut dinamakan dalam kesebelasan Mauricio Pochettino selepas rakan penyerang, Lucas Moura, meledak hatrik dalam perlawanan peringkat kedua separuh akhir menentang Ajax.
Tapi Kane menjadi pilihan dalam kesebelasan permulaan, dengan Lucas di bangku simpanan, tapi penyerang nombor 10 itu gagal membangkitkan semangat Spurs yang ditundukkan 2-0 di Wanda Metropolitano.
Pochettino mungkin menimbangkan ia satu risiko yang boleh diambil dalam perlawanan terbesar dalam sejarah Tottenham tapi perjudiannya itu memakan diri.
Angka-angka mendedahkannya kerana Kane – yang lazimnya akan membuat percubaan bagi setiap peluang terluang – hanya mampu melakukan satu percubaan sepanjang 90 minit itu. Sebaliknya, Lucas membuat dua dalam penampilan 24 minitnya.
Keseluruhannya, Kane menyumbangkan hanya 11 hantaran dan 26 sentuhan tatkala dia gagal terbabit secara kerap dalam permainan -- yang paling sedikit dalam kalangan pemain kesebelasan permulaan Spurs.
Penyerang berusia 25 tahun itu, dalam pada itu, masing bersaing dengan Virgil van Dijk dan Joel Matip, dengan terbabit dalam 12 perebutan.
Pada masa yang sama, Kane melakukan dua faul di samping dikasari tiga kali sambil dia berhempas-pulas untuk menemui sebarang rentak.
Dia turut hilang penguasaan bola sebanyak sembilan kali dan harus mahu melupakan final awal pagi tadi secepat yang boleh.