Persembahan serta kesungguhan barisan pemain Sabah mendapat pujian jurulatihnya, Jelius Ating, sejurus mengikat Pahang 1-1 dalam aksi Piala Malaysia di Kuantan, malam tadi.
Menyifatkannya bukan tugas mudah berdepan juara Piala FA itu, Jelius menghamburkan pujian kepada skuad muda Sabah yang bekerja keras menafikan hasrat Tok Gajah menang di hadapan penyokong sendiri.
Menurutnya lagi, segala arahan serta perancangan berjaya diikuti, malah Sabah dilihat tidak bernasib baik untuk mengejutkan Pahang selepas menyaingi kekuatan skuad bimbingan Dollah Salleh itu.
"Sekurang-kurangnya tiga peluang terbuka dimiliki (Hector) Ramos tetapi saya berpuas hati dengan satu mata di gelanggang lawan.
"Selepas lama tidak menyertai Piala Malaysia, ini permulaan baik dan saya harap semangat pemain Sabah semakin berkobar-kobar," ujarnya.
Ditemui selepas perlawanan, Jelius mengakui kedua-dua pasukan beraksi baik dengan tuan rumah juga memberi tekanan di penghujung permainan, namun dikecewakan ketumpulan penyudah.
Justeru, keputusan 1-1 itu jelas memadai dengan objektif pasukannya untuk mencuri mata berjaya dicapai selepas Sabah mempamerkan aksi berdisiplin sehingga wisel penamat.
"Pahang sebuah pasukan yang bagus dan saya gembira sasaran kami untuk tidak pulang tangan kosong akhirnya tercapai," tambah Jelius.