Ketua jurulatih Selangor, B. Sathianathan, mendedahkan teguran dalam bilik persalinan berjaya mengubah rentak serangan Red Giants dalam aksi babak kedua sehingga mampu menjaringkan tiga gol untuk menyingkirkan tuan rumah, Kelantan, dan mara ke pusingan ketiga Piala FA, malam tadi.
Skuad Merah Kuning itu menguasai keseluruhan babak pertama dengan melancarkan serangan bertali arus untuk mencari jaringan pendahuluan, namun segala asakan berjaya dinafikan benteng pertahanan The Red Warriors (TRW) yang ketuai kapten, Mohd Farisham Ismail.
“Saya senyum kepada mereka. Selalunya saya marah. (Taklah). Saya cuma katakan, mereka lambat sangat rancang permainan bila dapat bola. Sepatutnya cepat buat hantaran dan jangan lengahkan masa.
"Itulah sebabnya kita dapat gol ketiga yang dijaringkan Messi (Faiz Nasir) melalui serang balas pantas. Sebagai jurulatih, saya kena cakap apa kelemahan mereka dan pemain berjaya lakukannya," katanya.
Ditanya rahsia peningkatan pemain tengah sensasi, Mohd Faiz Nasir, yang terus menjadi dengan dua gol, Sathianathan menjelaskan pemain bertubuh kecil itu berjaya menjalankan tugas yang diberikan dengan baik.
“Faiz Nasir macam biasa untuk saya. Dia 'Messi' kita. Dia kena belajar dan kena tahu bila nak simpan bola. Hasil daripada pengalaman dan tunjuk ajar pemain senior, dia boleh meningkat lagi.
"Dia (Faiz) asal dari Kelantan. Saya harap Kelantan patut simpan pemain yang berbakat. Kelantan tak patut ada di Liga Perdana," katanya.
Pengendali berusia 61 tahun ini juga berpuas hati dengan tiga jaringan yang dihasilkan sekalipun Merah Kuning mampu menghasilkan lebih banyak gol kerana menguasai keseluruhan permainan.
"Yang penting menang untuk ke pusingan seterusnya. Bukan senang bermain di sini (Kota Bharu). Tak kira lima atau enam gol, satu gol pun dah menang.
"Kita kena fikir empat hari lagi apabila turun lawan Melaka di gelanggang lawan. Jadi, kita bukan datang sini nak cari banyak gol kerana apa yang kita dapat sudah cukup puas hati," katanya.