Awas Terengganu! Felda United memberikan amaran yang mereka masih mampu melakar kebangkitan dalam suku akhir kedua Piala Malaysia, Jumaat ini, walaupun mengakui ia satu tugas sukar mendapatkan dua gol di Kuala Terengganu.
Pengendali Felda, B. Sathianathan, melihat dua gol diperoleh Terengganu FC (TFC) boleh dielakkan jika barisan pertahanannya lebih berdisiplin mengawal pemain lawan.
Berasakan kekalahan 1-2 itu tidak wajar, Sathianathan mencabar anak buahnya segera bangkit kerana masih ada 90 minit lagi untuk diharungi.
"Sukar untuk berdepan TFC tetapi kami akan cuba yang terbaik. Perlawanan masih berbaki 90 minit," kata Sathianathan.
Bagi ketua jurulatih TFC, Irfan Bakti Abu Salim, beliau enggan mendabik dada di sebalik kemenangan itu sambil menyifatkan masih banyak lagi kelemahan terpancar di bahagian serangan untuk membantu penyerang, Tchetche Kipre.
Malah, beliau menjamin mereka tidak akan beraksi secara negatif di laman sendiri bagi mempertahankan kelebihan satu jaringan yang mereka miliki.
"Dua gol di tempat lawan bukan satu kelebihan, apa sahaja boleh berlaku dalam bola sepak. Kami tidak akan bermain secara bertahan dan mahu mempamerkan 'positive football' bagi memastikan kemenangan untuk melangkah ke separuh akhir," kata Irfan.