CHELSEA 2 BOURNEMOUTH 0
Pengurus Chelsea, Maurizio Sarri, menegaskan adalah sukar bagi pasukannya untuk memenangi Liga Perdana Inggeris (EPL) meskipun membuat permulaan mengagumkan musim ini.
The Blues mengekalkan rekod kemenangan bersih dalam empat perlawanan kempen 2019 dengan kemenangan 2-0 ke atas Bournemouth di Stamford Bridge malam tadi, terima kasih kepada dua gol pada babak kedua menerusi Pedro dan Eden Hazard.
Ini adalah kali keenam Chelsea memenangi 12 mata hasil empat perlawanan bagi permulaan musim yang menyaksikan lima daripadanya berakhir dengan kejuaraan liga -- yang terakhir adalah semasa di bawah kendalian Jose Mourinho pada 2015.
Sarri, bagaimanapun, berkata sukar untuk mengulas mengenai peluang mereka memandangkan mereka menamatkan saingan musim lalu 30 mata di belakang juara bertahan, Manchester City.
"Bagi kami ketika ini, lebih baik memikirkan perlawanan seterusnya," kata Sarri. "Jurang kami dengan City pada musim lalu adalah 30 mata, saya rasa sangat sukar untuk merapatkan jurang ini hanya dalam semusim.
"Saya sangat gembira dengan empat perlawanan ini tetapi saya sudah memikirkan mengenai perlawanan seterusnya."
Dia meneruskan: "Saya gembira dengan hasilnya dan gembira dengan persembahan ini dalam permainan yang sangat sukar. Mereka sangat tersusun dan bertahan dengan baik.
"Dalam separuh pertama, keadaannya sukar, mungkin kami perlu menggerakkan bola dengan lebih laju dan mungkin perlu lebih banyak gerakan tanpa bola. Bagaimanapun, dalam pertandingan seperti ini, biasanya anda dapat menang dalam 20, 25 minit terakhir. Saya sentiasa yakin.
"Pada masa ini, saya sangat gembira dengan pemain saya, mereka bertambah baik setiap minggu dan perlawanan. Saya sangat gembira kerana memenangi 12 mata daripada empat perlawanan tetapi saya selalu menganggap kami boleh melakukan lebih baik lagi, terutama dalam persembahan. Sudah tentu kami boleh meningkat."
Alvaro Morata tenggelam lalu digantikan dengan Olivier Giroud dalam separuh masa kedua setelah hanya melancarkan dua percubaan dan melakukan 16 sentuhan dalam tempoh 61 minit di atas padang.
Sarri menegaskan bahawa dia hanya membuat perubahan itu kerana berasakan Giroud mampu menawarkan ancaman yang lebih besar daripada hantaran silang yang berterusan.
"Ia bergantung kepada keadaan di padang," ujarnya. "Pada ketika itu, kami melakukan tiga, empat, lima kali hantaran silang, jadi saya fikir Giroud lebih baik.
"Alvaro sedang meningkat, mungkin dia memerlukan lebih banyak ruang tetapi saya bernasib baik kerana dalam keadaan ini, Giroud sangat berguna."
Pengurus Bournemouth, Eddie Howe, kecewa kerana meninggalkan London dengan tangan kosong sambil melabel Chelsea telah membuktikan akan memberi ujian getir kepada mana-mana pasukan tahun ini.
"Saya fikir kami melakukannya dengan baik," katanya. "Chelsea merupakan pasukan yang berbeza musim ini, cara permainan yang sangat berbeza.
"Mereka akan menjadi sebuah pasukan yang sukar untuk ditewaskan dan mempunyai dua peluang terbaik. Kami gagal memanfaatkan peluang dan kami dihukum untuk itu melalui bola yang terbias daripada Steve Cook.
"Saya rasa mereka akan bertambah baik seiring dengan musim ini, Maurizio mempunyai cara bermain yang sangat berbeza, ia sangat sukar untuk dihadapi.
"Kami bersedia dengan baik dan cuba mengekang ancaman mereka dan kami cuba menyekat kualiti individu sehingga menjejaskan kami. Permainan ini seimbang sehinggalah jaringan pertama."