CARDIFF 1 CHELSEA 2
Maurizio Sarri mengakui dia sudah membiasakan diri dengan kritikan penyokong Chelsea selepas mereka bangkit daripada ketinggalan untuk melakar kemenangan ke atas Cardiff City.
Selepas tewas 2-0 kepada Everton sebelum aksi perlawanan antarabangsa baru-baru ini, Chelsea kelihatan terpaksa berdepan satu lagi kekalahan dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas Victor Camarasa meledak jaringan awal tuan rumah sejurus memasuki babak kedua perlawanan.
Bagaimanapun, Cesar Azpilicueta menanduk masuk jaringan penyamaan sebelum Ruben Loftus-Cheek merampas kemenangan pada saat-saat akhir permainan apabila berjaya menanduk masuk hantaran silang Willian.
Sebilangan penyokong yang bertandang Stadium Cardiff City meluahkan kekecewaan sebelum Chelsea melakar kebangkitan, termasuk melaungkan Sarri bakal kehilangan tugasnya, tetapi pengurus kelahiran Itali itu memberikan tumpuan terhadap kritikan yang hanya memberikan kesan kepada pemain-pemainnya.
"Saya memahaminya dengan baik. Saya berada di atas padang selama 45 tahun, jadi saya mengetahui reaksi penyokong," kata Sarri.
"Saya sangat kecewa untuk pemain-pemain Chelsea kerana mereka telah berjuang. Tetapi kami harus menunggu hingga tiupan wisel penamat.
"Bagi saya, ia bukan satu masalah yang besar. Kami telah melakukan beberapa perubahan pada penghujung permainan.
"Saya berasakan hanya dengan kemenangan dapat memastikan penyokong kelab akan gembira.
"Chelsea harus menampilkan peningkatan bagi perlawanan seterusnya.
"Kami tewas kepada Everton selepas mempamerkan aksi berkualiti dalam separuh masa pertama. Tetapi hari ini, kami gagal bermain dengan baik daripada permulaan tetapi berjaya menang," katanya lagi.