Skip to main content

Bola Sepak

Sarri sedar United mahu bangkit

sarri.jpg
Pengendali Chelsea, Maurizio Sarri, menjangkakan kebangkitan Manchester United untuk menamatkan rentetan tiga kekalahan berturut-turut ketika kedua-dua pasukan bertemu dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) esok.

Skuad bimbingan Ole Gunnar Solskjaer itu tersingkir daripada Liga Juara-Juara kepada Barcelona, diaibkan Everton dan mengalami kekalahan kepada Manchester City.

Bagaimanapun, Sarri enggan memberi jaminan dalam kunjungan ke Old Trafford ketika The Red Devils masih turut serta dalam persaingan mengejar kelompok empat terbaik liga.

"Mereka memiliki peluang cerah," kata Sarri.

"Mereka perlu menang dalam setiap perlawanan. United akan menampilkan permainan yang lebih baik ketika berdepan kami esok.

"Sukar untuk membuat perancangan menghadapi United kerana mereka adalah pasukan yang berkualiti. Kami akan cuba bersaing dan berusaha sebaik mungkin."

Chelsea memiliki rekod buruk berdepan enam pasukan teratas liga musim ini tetapi Sarri percaya keputusan itu tidak seiring dengan persembahan keseluruhan pasukannya.

"Sukar untuk meraih mata berdepan United, City, Liverpool, Arsenal, Tottenham di tempat lawan tetapi kami perlu melangkah ke hadapan.

"Kami mengetahui setiap kelemahan yang diperlu diperbaiki dan tiga mata menjadi keutamaan Chelsea."
 

Advertisement

Must Watch Video