SLAVIA PRAGUE 0 CHELSEA 1
Maurizio Sarri memuji semangat Chelsea selepas mereka meraih kemenangan 1-0 di Slavia Prague meskipun memperagakan prestasi buruk, awal pagi tadi.
The Blues memimpin pertemuan suku akhir pertama Liga Europa itu dengan bekalan gol tandukan Marcos Alonso, namun permainan mereka tenggelam dalam tempoh yang lama ketika bertandang ke tempat lawan.
Sarri sememangnya sudah menduga tekanan yang akan diberikan Slavia tetapi gembira melihat Chelsea mempamerkan karakter mereka dengan terus berjuang sebelum meraih gol tunggal tersebut.
"Kami sedar bahawa perlawanan ini akan menjadi sangat sukar," katanya dalam sidang akhbar selepas perlawanan.
"Lawan yang kami hadapi mempunyai corak permainan fizikal, sangat agresif. Jadi, kami tahu kami akan menghadapi kesukaran. Kami dapat mengatur serangan dan bertahan dengan baik dan dalam babak kedua, aksi kami menjadi lebih baik.
"Kami perlu memikirkan perlawanan timbal balik yang akan menjadi semakin sukar kerana lawan seperti ini cukup berbahaya -- sama seperti ketika kami bertemu Genk. Kami perlu berhati-hati.
"Saya gembira dengan keputusan perlawanan ini selain persembahan Chelsea kerana buat masa ini, kami mampu menyerap asakan kerana sebelum ini, kami tidak mampu untuk menderita dalam detik yang sukar.
"Ini bukan kali pertama ia berlaku tetapi juga pada masa lalu dan ketika kami dalam situasi kesulitan, kami melepaskan gol dengan serta-merta tetapi kini, kami boleh berjuang dan menderita tanpa membiarkan ia berlarutan."
Eden Hazard memulakan permainan di bangku simpanan manakala Callum Hudson-Odoi langsung tidak diturunkan berikutan Sarri bercadang merehatkan pemain remaja itu.
Mengenai Hazard, pengurus itu berkata: "Saya meletakkannya di bangku simpanan terlebih dahulu kerana saya fikir perlawanan ini adalah sukar dan saya mungkin menagih khidmatnya. Jika kami mendahului 1-0 dalam separuh masa, maka saya tidak perlu menurunkannya."
Sarri juga disoal mengenai rakaman yang menunjukkan peminat Chelsea mengejek bekas pemain, Mohamed Salah, dengan kenyataan berbaur perkauman.
Kelab berkenaan tampil mengutuk insiden itu dan berjanji untuk mengambil tindakan, namun Sarri belum menonton rakaman tersebut.
"Saya tidak mahu bercakap tentang perkara ini kerana saya tidak melihat rakaman itu, jadi saya tidak mahu bercakap tentang sesuatu yang di luar pengetahuan saya," katanya.
"Saya hanya mahu bercakap mengenai bola sepak.
"Saya fikir (kenyataan kelab) adalah tepat. Saya tidak mahu bercakap tentang sesuatu yang saya tidak tahu. Ia tindakan yang tidak betul tetapi tindak balas keras yang ditunjukkan Chelsea adalah tepat."