CHELSEA 1 LIVERPOOL 1
Sumbangan Eden Hazard untuk bertahan buat Chelsea ketika seri 1-1 berdepan Liverpool semalam menggembirakan pengurus, Maurizio Sarri.
Hazard meledak jaringan pembukaan di Anfield dalam aksi Piala EFL pada pertahanan minggu ini dan meledak gol ketujuh Chelsea di Stamford Bridge.
Tetapi Sarri -- yang menyedari The Blues tidak seharusnya terlalu bergantung kepada Hazard -- berpuas hati dengan persembahan pemain tersebut.
"Saya sangat gembira dengan persembahan Hazard dalam perlawanan ini, terutama dalam separuh masa kedua," kata Sarri.
"Saya berasakan pada penghujung musim ini, kami akan mempunyai empat atau lima pemain yang menjaringkan lebih daripada 10 gol.
"Hazard sudah pasti menjaringkan 10 gol tetapi saya berasakan Pedro, Willian, dan Alvaro Morata akan mampu meledak lebih daripada 10 gol," katanya.
Liverpool menafikan gol pembukaan Hazard menerusi jaringan Daniel Sturridge pada penghujung permainan untuk melanjutkan rekod tanpa kalah skuad kendalian Jurgen Klopp itu dalam tujuh perlawanan.
Chelsea juga masih belum tewas di bawah pimpinan Sarri dan bekas pengendali Napoli tidak mahu The Blues dibuai dengan rekod tersebut.
"Saya kecewa kerana mereka meledak gol pada penghujung permainan.
"Tetapi saya tetap gembira dengan keputusan ini.
"Saya berasakan Manchester City dan Liverpool masih lagi selangkah di hadapan kami tetapi kami mampu untuk mengejar slot beraksi dalam Liga Juara-Juara (UCL)."