JUVENTUS 1 INTER 1
(Juve menang penentuan penalti 4-3)
Maurizio Sarri memuji prestasi penjaga gol Juventus, Gianluigi Buffon, dalam kemenangan penentuan penalti dengan Inter sambil menegaskan Matthijs de Ligt bukanlah punca persembahan goyah mereka dalam separuh masa pertama.
Buffon menyelamatkan tiga sepakan dalam penentuan penalti untuk memastikan kemenangan 4-3 Juve dalam pertembungan Piala Juara-Juara Antarabangsa (ICC) 2019 selepas aksi di China itu malam tadi terikat 1-1 dalam waktu sebenar permainan.
De Ligt tertampan bola ke gawang sendiri ketika cuba mengeluarkan sepakan sudut Stefano Sensi, 10 minit selepas permainan bermula untuk meletakkan Inter di depan.
Skuad kendalian Sarri itu tenggelam sehingga waktu rehat tetapi mereka kembali memperkemaskan permainan dalam babak kedua yang menyaksikan sepakan percuma Cristiano Ronaldo terbias sebelum menerjah jaring untuk memberi peluang kepada Buffon muncul sebagai wira.
"Buffon memang dilahirkan sebagai pejuang. Dia sentiasa bersiap sedia apabila dipanggil serta menghasilkan persembahan yang luar biasa," kata Sarri kepada Sportitalia.
"Ronaldo pula seperti biasa mempamerkan prestasi yang cemerlang. Kami masih boleh memperbaiki banyak aspek dalam serangan dan itu akan memudahkannya.
"Kami boleh memperbaiki prestasi, khususnya apabila memberi tekanan tinggi untuk merampas bola ketika bertahan. Kami harus memberi tumpuan kepada kaedah mempertahankan diri dengan melangkah ke hadapan, tidak membenarkan mereka berlari di belakang kami.
"Sudah pasti proses ini memerlukan sedikit masa untuk mengubah mentaliti itu. Saya membuat kesilapan pagi ini kerana saya mengadakan latihan selama 45 minit tetapi dalam keadaan cuaca panas seperti ini, ia amat memberi kesan."
Sementara itu, pengurus Inter, Antonio Conte, berkata identiti baru Nerazzurri itu akan menjadi semakin jelas.
"Saya fikir terdapat peningkatan sejak perlawanan menentang Manchester United (kekalahan 0-1)," Conte memberitahu Inter TV.
"Yang penting ialah keamatan masuk menyerap ke dalam minda pemain. Kami perlu bermain bola sepak yang sengit dan memberi tekanan kepada pihak lawan.
"Saya sangat gembira dengan hasilnya kerana saya mempunyai sekumpulan pemain yang bekerja keras. Kami kalah dengan penalti dan kami harus sering terkejut dengan kekalahan meskipun dalam perlawanan persahabatan.
"Sekilas pandang, saya mula melihat identiti permainan dan pendekatan kami. Kami mesti meneruskan usaha ini: rendah diri dan bekerja keras," katanya lagi.