Maurizio Sarri mengakui kejayaan menjulang trofi dalam musim pertamanya mengendalikan Chelsea mungkin tidak cukup untuk memastikan Eden Hazard kekal di Stamford Bridge.
Hazard menjaringkan sepakan penalti kemenangan dalam aksi separuh akhir Liga Europa menentang Eintracht Frankfurt kelmarin bagi memastikan pertemuan final berdepan Arsenal di Baku pada 29 Mei ini.
Kedudukan Sarri sebelum ini tampak tergugat tetapi bekas pengendali Napoli itu telah melengkapkan kelompok empat teratas Liga Perdana Inggeris serta kelayakan ke Liga Juara-Juara Eropah dan membawa The Blues ke final Piala Liga, sebelum tewas menerusi penentuan sepakan penalti di tangan Manchester City.
Bagaimanapun, Sarri mendakwa walaupun kemenangan di pentas final Liga Europa dapat diraih, ia mungkin tidak cukup untuk mengekalkan Hazard, pemain yang dikaitkan dengan Real Madrid.
"Saya tidak tahu. Jika Hazard fikir sejarah di sini sudah tamat, maka dia sudah selesai," ujar Sarri.
"Saya boleh cuba berbincang dengannya tetapi ia tidak mudah. Bukan senang kerana sudah tentu saya mahukan Hazard tetapi saya mahu dia penuh dengan motivasi."
Chelsea tampak bersedia dengan prospek kehilangan Hazard, Januari lalu, apabila melengkapkan perpindahan Christian Pulisic daripada Borussia Dortmund, di mana pemain sayap Amerika Syarikat itu akan menyertai skuad di penghujung musim ini.
Penggantungan daripada mendaftarkan pemain baru dalam dua jendela perpindahan selepas ini membuatkan perancangan mereka tergendala walaupun pihak kelab cuba untuk melakukan rayuan terhadap keputusan FIFA itu kepada Mahkamah Timbang Tara Sukan.
Hazard masih mempunyai baki setahun dalam kontrak tetapi Sarri menegaskan bukan dia yang akan membuat keputusan sama ada bintang Belgium itu akan dijual atau tidak.
"Seperti yang anda tahu, anda perlu bertanya kepada kelab kerana saya tidak mengawal pasaran. Saya tidak mengendalikan kontrak baru, jadi saya tidak boleh menjawab.
"Saya hanya boleh bercakap dengan pemain seperti seorang bapa, bukan pengurus. Jika saya bercakap dengannya, saya tidak akan menceritakannya kepada anda. Ia adalah perbincangan bapa dan anak," ujarnya.