Skip to main content

Bola Sepak

Sarri: Kecederaan Pedro tidak serius

pedro-cropped_138vvsbdlwdup1ttf0upriq52k.jpg
Pengendali Chelsea, Maurizio Sarri, tenang dengan perkembangan kecederaan yang dialami Pedro sewaktu pasukannya menewaskan PAOK 1-0 dalam saingan Liga Europa, awal pagi tadi.

Chelsea meneruskan rekod kemenangan di bawah bimbingan Sarri dalam aksi getir di Greece, di mana jaringan awal Willian memberikan kemenangan.

Namun, kutipan tiga mata itu tampak dicemari dengan babak Pedro terbaring selepas mengalami kecederaan dalam babak kedua dan dipercayai meninggalkan padang akibat masalah pada bahagian bahu.

Berdasarkan perbualan pendek dengan doktor pasukan, Sarri menjelaskan dia percaya kecederaan itu tidak terlalu serius.

"Bahu Pedro mengalami masalah tetapi saya tidak tahu mengenai perkara itu secara terperinci.

"Saya bercakap dengan doktor untuk beberapa saat sahaja. Doktor pasukan memberitahu saya bahawa tiada sebarang kecederaan serius yang berlaku."
 

Advertisement

Must Watch Video