Skip to main content

Bola Sepak

Sarri ingin dapatkan kepastian hala tuju Courtois

sarri.jpg
Maurizio Sarri berhasrat untuk bersemuka dengan Thibaut Courtois selepas ejennya menggesa Chelsea untuk membenarkan penjaga gol itu menyertai Real Madrid.

Courtois membantu Belgium melangkah ke separuh akhir Piala Dunia 2018 dan masa depannya terus menjadi topik perbincangan dengan kontraknya akan berakhir tahun depan.

Ejen Courtois, Christophe Henrotay, mendakwa kliennya -- bekas pemain pinjaman Atletico Madrid -- ingin kembali ke ibu kota Sepanyol di mana anak-anaknya berada dan Sarri akan menangani masa depannya sebaik dia kembali ke kelab hari ini. 

"Saya tidak berinteraksi dengan ejennya, saya tidak berminat dengan ejennya, saya mahu mendengar sendiri daripada Courtois," kata Sarri selepas tewas 2-0 dalam perebutan Perisai Komuniti kepada Manchester City di Wembley, malam tadi.

"Jika Courtois berkata begitu kepada saya, maka saya perlu berbincang dengan kelab. Sudah pasti, ini kerana saya hanya mahukan pemain yang berada di tahap motivasi yang sangat tinggi.

"Saya tidak mempunyai apa-apa jawapan mengenai ejennya."

Rakan sepasukan di peringkat kelab dan negaranya, Eden Hazard, turut dikaitkan dengan perpindahan ke Madrid dalam jendela perpindahan ini.

Sarri mendedahkan beliau telah bercakap dengan Courtois dan Hazard baru-baru ini dan tenang mengenai situasi mereka.

"Saya telah bercakap dengan mereka dua hari lalu, jadi saya tahu apa yang akan mereka akan katakan kepada saya esok.  Saya sudah bersedia," kata Sarri kepada BT Sport.

Ditanya sama ada adakah ia merupakan berita baik, Sarri menjawab: "Saya fikir ia menjurus kepada berita baik berbanding yang buruk."
 

Advertisement

Must Watch Video