CHELSEA 3 BRIGHTON 0
Maurizio Sarri percaya Callum Hudson-Odoi mampu untuk menjadi salah seorang pemain terbaik Eropah selepas pemain remaja itu mencuri tumpuan dalam penampilan pertamanya selaku kesebelasan utama Chelsea.
Chelsea meraih kemenangan 3-0 ke atas Brighton and Hove Albion di Stamford Bridge, awal pagi tadi, dengan pemain kebangsaan England, Hudson-Odoi, mencetus jaringan pembukaan Olivier Giroud menerusi hantaran lintang berketepatan tinggi selain turut menjadi ancaman besar buat pertahanan The Seagulls.
Eden Hazard dan Ruben Loftus-Cheek menjaringkan dua gol, namun Hudson-Odoi kekal sebagai pemain yang mencuri tumpuan dalam sebahagian besar perlawanan di London itu.
Pengurus Chelsea, Sarri, berkata pemain berusia 18 tahun itu masih mempunyai ruang untuk terus berkembang dan memiliki segala yang diperlukan untuk menjadi pemain terbilang.
"Ia mustahil untuk menjadi pemain terbaik pada usia 18 tahun," katanya dalam sidang media.
"Dia perlu berkembang, dia boleh berkembang dan saya mahu dia berkembang.
"Dia mampu untuk menjadi antara pemain terbaik Eropah.
"Seperti yang saya katakan semalam, Callum kini sudah bersedia untuk beraksi dalam setiap perlawanan, termasuk perlawanan-perlawanan sukar, kerana dia banyak meningkat sepanjang musim ini.
"Saya amat pasti dengan prestasinya. Dia bermain dengan baik.
"Saya amat-amat gembira kerana dia bertahan dengan baik.
"Ia amat penting untuk memiliki tiga pemain tengah menyerang yang mampu untuk bertahan.
"Jika tidak, ia akan memberi masalah terhadap keseimbangan pasukan, jadi secara taktikal, dia sudah bersedia," katanya.
Sarri turut memuji Loftus-Cheek dan pertahanan, Andreas Christensen -- yang melakukan penampilan keempat dalam kesebelasan utama -- dan percaya gandingan tiga pemain itu mampu menjadi tulang belakang buat The Blues bagi tahun-tahun mendatang.
"Loftus Cheek sudah bebas daripada kecederaan belakang yang dialaminya dan sudah mula berlatih sejak 20 hari lalu.
"Dia bermain dengan amat baik dan menjaringkan gol yang hebat.
"Kita sedang bercakap tentang Callum dan Ruben, namun saya kagum dengan Christensen kerana dalam waktu-waktu akhir perlawanan, dia beraksi dengan amat-amat baik.
"Callum, Ruben dan Christensen amat penting buat pasukan ini.
"Mereka sudah menjadi pemain penting, namun potensi mereka lebih besar.
"Mereka mampu menjadi pemain terbaik pada masa depan.
"Saya berasakan masa depan pasukan ini amat cerah," katanya.