CHELSEA 3 WATFORD 0
Ketua jurulatih Chelsea, Maurizio Sarri, berharap N'Golo Kante dapat kembali pulih dan memperkuatkan pasukan andai mereka layak ke final Liga Europa selepas melakukan kesilapan menurunkan pemain itu ketika menewaskan Watford 3-0, malam tadi.
Kante terpaksa dikeluarkan pada minit ke-10 aksi di Stamford Bridge itu di mana Ruben Loftus-Cheek, David Luiz dan Gonzalo Higuain menjaringkan gol dalam babak kedua.
Sarri mengakui dia sepatutnya merehatkan pemain kebangsaan Perancis itu selepas pemain berkenaan menamatkan aksi 90 minit ketika mengikat Eintracht Frankfurt 1-1 dalam separuh akhir pertama Liga Europa, Jumaat lalu.
Kante akan direhatkan daripada aksi kedua di Stamford Bridge, awal pagi Jumaat ini, selain aksi terakhir liga menentang Leicester City, dua hari selepas itu.
Bagaimanapun, Sarri berkeyakinan pemain tengah itu dapat diturunkan andai pasukannya layak ke final Liga Europa di Baku, 29 Mei ini.
"Dia berdepan masalah dengan otot paha," katanya dalam sidang media.
"Saya berasakan yang saya sudah melakukan kesilapan kerana dia sepatutnya direhatkan hari ini.
"Adakalanya, amat sukar untuk merehatkan pemain penting seperti (Eden) Hazard dan Kane, namun anda perlu melakukannya.
"Jika tidak, anda akan berdepan risiko dan saya perlu mengakui yang saya telah melakukan kesilapan.
"Saya tidak tahu (mengenai tahap kecederaan Kante). Kami perlu menunggu sehingga pagi esok.
"Saya fikir amat sukar untuk memulihkannya dalam dua perlawanan yang akan datang.
"Bagaimanapun, kami mahu beraksi dalam final, jadi dia bernasib baik.
"Kami perlu mencuba untuk memulihkannya kerana kami mungkin layak (ke final)," katanya.
Kemenangan Chelsea itu melonjakkan mereka ke tangga ketiga Liga Perdana Inggeris dan mereka akan layak ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan andai menamatkan musim dalam kelompok empat teratas, namun Liga Europa juga akan menawarkan jalan alternatif buat The Blues.
Ditanya sama ada aksi dalam Liga Europa memanfaatkan Chelsea, Sarri berkata: "Tidak, kami mahu menamatkan Liga Perdana Inggeris dalam kelompok empat pasukan terbaik kerana kami mahu layak ke Liga Juara-Juara Eropah.
"Kami memandang Liga Europa dengan tanggapan yang berbeza. Ia adalah kejohanan penting.
"Kami mahu menjuarainya kerana kami berasakan yang kami layak untuk memenanginya musim ini, jadi kami ada dua sasaran," tambahnya.
Watford bermula baik apabila penjaga gol Chelsea, Kepa Arrizabalaga, terpaksa bertindak tangkas untuk menepis keluar tandukan Troy Deeney dalam babak pertama, namun Loftus-Cheek dan David Luiz masing-masing menjaringkan gol pantas yang hanya berselang tiga minit dalam babak kedua.
"Keputusan itu amat buruk buat kami dan kami tidak sepatutnya mendapat keputusan seburuk itu," kata pengurus Watford, Javi Gracia.
"Kami beraksi baik dalam babak pertama dengan mendominasi permainan dan mencipta peluang.
"Kami memenangi bola dengan baik selepas kehilangannya dan memaparkan aksi yang bersemangat tinggi.
"Namun, kami tidak mengambil peluang yang tiba.
"Kami perlu lebih kemas dalam menghadapi situasi itu dan perlu lebih agresif di dalam kotak penalti kerana kami memperoleh banyak peluang dalam babak pertama.
"Dalam separuh masa kedua, kami dibolosi dua kali melalui gerakan 'set-piece'.
"Mereka sentiasa melakukan gerakan satu-dua dengan hantaran pantas ketika mendapat sepakan penjuru.
"Amat sukar untuk katakan yang saya gembira dengan prestasi pasukan kerana kami tewas 0-3.
"Saya tidak gembira," katanya.