Pengurus Chelsea, Maurizio Sarri, didakwa atas salah laku oleh Persatuan Bolasepak England (FA) ketika diarahkan keluar dari kawasan teknikalnya sewaktu The Blues terikat 2-2 dengan Burnley, kelmarin.
Sarri diarahkan untuk meninggalkan padang pada minit ke-94 dalam aksi di Stamford Bridge itu selepas pengadil, Kevin Friend, mendapati bekas pengendali Napoli itu memberikan reaksi yang tidak sepatutnya ketika terlibat dengan pertelingkahan di antara pemain Chelsea dan barisan pegawai Burnley.
Ekoran masih berang dengan keputusan itu, Sarri tidak menjalankan tugasnya dalam sidang media selepas perlawanan dengan pembantunya, Gianfranco Zola, mendakwa pengurus Chelsea itu menerima hukuman yang hanya disebabkan salah faham.
Zola turut mendakwa pengurus berusia 60 tahun itu menerima kata-kata yang tidak sepatutnya daripada pegawai kejurulatihan Burnley selain kecewa dengan cara permainan The Clarets yang gemar "membazirkan masa".
Terdapat laporan mendedahkan bahawa Sarri telah menjadi mangsa ejekan perkauman dengan pegawai kejurulatihan Burnley dituduh memanggil pengendali itu dengan gelaran "warga Itali yang tidak berguna".
Sarri tidak terlibat dalam pergaduhan di dalam terowong selepas tamat perlawanan di mana Antonio Rudiger -- yang tidak beraksi dalam perlawanan itu -- kelihatan bergaduh dengan barisan kejurulatihan Sean Dyche.
Bagaimanapun, pengendali kelahiran Itali itu tidak akan terlepas daripada dakwaan FA.
"Maurizio Sarri didakwa melakukan salah laku berkaitan dengan tingkah lakunya pada minit ke-94 dalam perlawanan Liga Perdana di antara Chelsea dan Burnley, Isnin lalu," kata kenyataan FA yang dikeluarkan semalam.
Sarri mempunyai masa sehingga esok untuk memberikan respons terhadap dakwaan itu.