SARAWAK 1 SELANGOR 1
Sarawak terus kempunan meraih kemenangan di tempat sendiri selepas diikat 1-1 oleh Selangor dalam aksi Liga Super di Stadium Negeri, Kuching, malam ini.
Mohd Rizal Fahmi muncul wira skuad The Red Giant apabila membuat rembatan tepat yang gagal dihalang barisan pertahanan Sarawak.
Jaringan seminit sebelum masa rehat itu menafikan peluang kemenangan Sarawak, yang mendahului sejak minit ke-33 menerusi Mateo Roskam.
Tonggak kelahiran Croatia itu memanfaatkan hantaran pemain muda, Abdul Rahim Abdul Razak, yang menggerakkan asakan dari sebelah kanan padang.
Sarawak bermain dengan baik, malangnya kegagalan sentuhan penyudah terus menghantui pasukan.
Anak buah P. Maniam pula berkubu dengan kukuh dengan Ugochukwu Ukah berjaya mengawal ketat kelibat Abdul Rahim.
David Usop memasukkan Mark Hartmann bagi menggantikan Abdul Rahim pada minit ke-82 tetapi gagal mengubah kedudukan.
Kejayaan Selangor mencuri satu mata dalam aksi pertama pusingan kedua liga ini harus memberi kelegaan kepada Sarawak kerana mereka menguasai 52 peratus perlawanan.
Malah beberapa percubaan penyerangnya pada malam ini terutama oleh Juliano Mineiro Fernandes dan Victor Stelian Astafei berjaya ditepis Mohd Shahril Sa'ari ataupun terkena palang.
Sementara itu, di Stadium Shah Alam, PKNS FC dan Kedah turut berkongsi mata selepas terikat 4-4.
Kedah membuka jaringan menerusi Ken Ilso pada minit kelima sebelum dipadam Patrick Ronaldinho Wleh sembilan minit kemudian.
Selepas dua gol diperolehi Muhammad Syafiq Ahmad pada minit ke-17 dan 23, Matias Hadwa dan Lucas Espindola membawa PKNS untuk bangkit menyamakan kedudukan 3-3.
Selepas itu, kedua-dua pasukan dihadiahkan sepakan penalti dalam masa kecederaan.
Sandro da Silva menyempurnakan sepakan sebelum kedudukan terikat sekali lagi menerusi jaringan penalti Hadwa.