Kebuntuan jaringan yang dihadapi Cristiano Ronaldo sejak tiba di Juventus tidak akan bertahan lama, kata pengendali Portugal, Fernando Santos.
Ronaldo masih belum menjaringkan sebarang gol dalam aksi Serie A walaupun beraksi 90 minit dalam perlawanan berdepan Chievo, Lazio dan Parma.
Persoalan wujud sama ada Juve telah melakukan pelaburan yang berbaloi apabila membayar EUR112 juta (RM538 juta) untuk membawanya daripada Real Madrid.
Bagaimanapun, Santos menyatakan keyakinan terhadap penyerang itu dengan berkata: "Tunggu sedikit masa lagi dan anda akan melihat Ronaldo menjaringkan gol."
Pemain berusia 33 tahun itu bakal terlepas aksi pertama Portugal dalam saingan Liga Negara-Negara UEFA menentang Itali awal pagi esok selepas memilih untuk tidak menyertai skuad kebangsaan kali ini.
Ketiadaan Ronaldo begitu dirasai juara Euro 2016 itu selepas sekadar seri dengan Croatia dalam aksi persahabatan baru-baru ini tatkala Andre Silva gagal untuk menggunakan kesempatan mengemudi barisan depan.
Santos tetap percaya Portugal memiliki ramuan yang cukup untuk berdepan Azzurri selepas Itali diikat Poland 1-1, Jumaat lalu.
"Pemain-pemain memiliki keyakinan tinggi dan kemampuan yang hebat tetapi kami juga sedar akan kualiti Itali," tambah Santos.
"Kami tahu mereka mempunyai keinginan tinggi setelah terlepas aksi Piala Dunia dan mahu membuktikan nilai mereka dalam kejohanan baru ini.
"Ia bakal menjadi pertemuan dua pasukan hebat dan tiada siapa yang menjadi pilihan."
Benteng Borussia Dortmund, Raphael Guerreiro, turut terlepas aksi menentang Itali akibat kecederaan paha yang dialami.