Skip to main content

Bola Sepak

Sangat teruja dengan projek yang dicetuskan TMJ -- Tan Cheng Hoe

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

tch.jpg
Pengarah Teknikal baru Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe, berasa teruja selepas menjadi sebahagian daripada projek yang digerakkan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail, yang menerajui revolusi skuad kebangsaan.

Dia turut menyifatkan kesempatan yang diberikan itu sebagai cabaran yang besar terutamanya dalam misi melayakkan diri ke kempen Piala Asia 2027 nanti, namun memandang tanggungjawab yang diberikan kepadanya itu sebagai pemangkin semangat.

"Kita nampak perubahan, dan sekarang kita fokus kepada kempen kelayakan Piala Asia yang agak mencabar kerana hanya juara kumpulan yang akan layak.







"Pada masa yang sama, dari segi pengurusan, semuanya kelihatan lebih tersusun dengan kehadiran ramai pemain warisan dan juga pemain tempatan.

"Ia sudah tentu mampu mengangkat pasukan Harimau Malaya ke tahap yang lebih baik daripada sebelum ini,” 

"Ini adalah satu cabaran bagi saya. Saya sebelum ini sentiasa berada di dalam padang, dan kali ini saya berada di luar padang. Saya sangat teruja dengan projek yang dicetuskan oleh Tunku Mahkota Ismail.

"Baginda memberikan kesempatan kepada saya untuk bersama pasukan Harimau, sekali gus mencetuskan semangat saya" katanya seperti dilaporkan media tempatan.

Untuk rekod, Malaysia kini berada di kedudukan kedua saingan Kumpulan F, Kelayakan Piala Asia 2027 dengan tiga mata selepas menewaskan Nepal 2-0 pada Mac lalu.

Kini, anak buah Peter Cklamovski dalam persiapan menjelang aksi kedua berdepan Vietnam pada 10 Jun nanti.

Advertisement

Must Watch Video