BOLA SEPAK MSIA
Sangat bagus ada pemain kami beraksi di Malaysia -- Jurulatih Cape Verde
Jurulatih Cape Verde, Pedro Brito, berasakan perlawanan berdepan Harimau Malaya satu persiapan penting buat pasukannya meraih pengalaman dalam misi untuk melayakkan diri ke Piala Dunia 2027 nanti.
Malah, dia berasakan penyerang Selangor, Alvin Fortes, merupakan aset penting buat pasukan di ranking ke-75 dunia itu sebagai input tambahan Ketika beraksi di Stadium Bukit Jalil esok.
"Saya berasa teruja menjelang aksi berdepan Malaysia, ia bakal menjadi aksi yang bagus bagi persiapan kami dan juga persiapan Malaysia juga.
Iklan
"Kami tahu Malaysia menang dalam aksi terakhir, ia kali pertama kali kami berdepan Malaysia dengan cabaran berbeza. Kita lihat bagaimana pemain akan beraksi esok.
Jawapan yang betul ➡️ ALVIN FORTES 🫡 pic.twitter.com/bUdfVgMyt4— Selangor FC (@selangorfc) May 17, 2025
"Sangat baik ada pemain Cape Verde yang beraksi di Malaysia. Ia akan memberikan kami maklumat mengenai bola sepak Malaysia. Bagi kami, ia penting untuk mempersiapkan pasukan kerana ini merupakan perlawanan ujian yang penting buat kami.
"Ia sangat penting untuk mendapat cabaran berbeza, akan menambah pengalaman. Dalam aksi seperti ini tidak mengira ranking, tetapi penting untuk menang kerana makin banyak perlawanan makin menambah pengalaman kami.
"Paling penting adalah cabaran esok, kami adalah negara yang kecil." katanya.
Must-Watch Video