Kemenangan pertama yang diraih Melaka United selepas menundukkan PDRM 3-1 dalam Piala Malaysia akan dijadikan suntikan semangat buat setiap pemainnya bagi memburu lebih banyak mata dalam perlawanan peringkat Kumpulan D.
Ketua jurulatih skuad Sang Kanciln itu, Zainal Abidin Hassan, berkata biarpun ketinggalan pada awal permainan, anak-anak buahnya bangkit untuk menyaingi lawan dengan mempamerkan permainan bermutu.
Baginya, tiga mata yang dikutip dalam perlawanan sulung itu adalah permulaan dan berharap aksi berkualiti barisan pemainnya akan berterusan ketika bertemu Selangor, Khamis ini.
"Dalam tempoh tiga empat hari ini, kami ada masa untuk mengubah corak dan percaturan pasukan kerana kehilangan penyerang utama, Davy Angan, yang mengalami kecederaan dan akan memantau keadaannya.
"Apa yang penting ketika bertemu dengan Selangor ialah setiap pemain perlu lebih berdisplin dan mempertingkatkan prestasi dalam tempoh yang ada ketika latihan selain menyesuaikan diri dengan perancangan diterapkan," katanya selepas perlawanan malam tadi.
Zainal Abidin berkata dalam aksi bertemu Selangor itu, dia mahu pemainnya mengambil kesempatan menggunakan kelebihan bermain di tempat sendiri, selain tidak mahu mengulangi kesilapan sama ketika mengalami kekalahan pada saat-saat akhir dalam pertemuan Liga Super.
Sementara itu, pengendali PDRM, E. Elavarasan, berkata kekalahan yang dihadapi itu bukan satu penamat tetapi berharap skuadnya kembali bangkit dalam aksi bertemu Felda United, Rabu ini, walaupun melihat lawan itu berada dalam motivasi lebih baik selepas berjaya mengikat Selangor.
"Kami ada baki lima lagi perlawanan dan akan melihat bagaimana perjalanan pasukan ini selepas aksi kedua dan ketiga. Setiap pasukan yang berentap di peringkat kumpulan ini masih berpeluang.
"Apapun, kami ucapkan tahniah kepada Melaka kerana menang. Dalam separuh masa pertama, pemain kami masih boleh mengekalkan jaringan penyamaan, namun selepas jaringan kedua dan ketiga, keyakinan lawan dilihat lebih tinggi," katanya.
Terdahulu, dalam perlawanan di Stadium Hang Jebat itu, PDRM mengejutkan tuan rumah menerusi jaringan Lee Chang Hoon pada minit kelapan, namun berselang tiga minit kemudian, Nazrin Nawi menyamakan kedudukan melalui sepakan percuma.
Dalam babak kedua, Melaka United terus menambah tekanan pelawat apabila pemain import dari Filipina, Patrick Reichelt, menjaringkan gol pada minit ke-54 dan melebarkan kedudukan menerusi gol Nazrin pada minit ke-61.
-- BERNAMA