Beberapa pemain import dijangka tiba di Kota Kinabalu minggu depan bagi mengintai peluang untuk menyarung jersi skuad Sang Badak.
Perkara itu disahkan pengendali Sabah, Jelius Ating, namun maklumat lanjut mengenainya masih belum dapat didedahkan ketika ini.
"Seperti yang saya katakan sebelum ini, kami akan lakukan beberapa perubahan dalam pasukan, termasuk pemain import.
"Ia sebahagian daripada proses kami untuk memantapkan pasukan kerana memang kekuatan kami agak kurang berbanding dengan pasukan yang menggunakan khidmat empat pemain import," katanya ketika dihubungi, di Kota Kinabalu, hari ini.
Jelius berkata beliau berharap akan dapat mengikat pemain import berkualiti yang dapat memperkuatkan lagi pasukan dalam menghadapi baki saingan liga.
Dalam beberapa perlawanan lalu, Jelius hanya menggunakan khidmat dua pemain import, iaitu pemain pertahanan, Igor Cerina, dan pemain tengah, Masaya Jitzono.
Dua lagi pemain import dari Perancis yang diikat pada awal musim, iaitu Jonathan Behe serta Sofiane Choubani, direhatkan daripada beraksi berikutan prestasi hambar mereka sebelum ini.
Behe dan Choubani juga dijangka disingkirkan daripada pasukan untuk diganti dengan pemain import baharu apabila jendela perpindahan pemain dibuka pada pertengahan bulan ini.
Dalam perkembangan lain, Jelius berkata mereka sekali lagi terpaksa menggunakan pemain sedia ada apabila melayan kunjungan Terengganu dalam aksi pembukaan pusingan kedua Liga Perdana di Stadium Likas, Jumaat ini.
"Tiada apa yang kami boleh ubah kecuali meningkatkan semangat pemain untuk berjuang habis-habisan bagi memburu kemenangan.
"Kami tetap anggap aksi bertemu Terengganu sebagai penting dan sudah pastinya kami mahukan kemenangan bagi memperbaiki kedudukan kami yang kini dalam bahaya," katanya.
Selepas aksi Jumaat ini, saingan Liga Perdana hanya akan bersambung pada 24 Mei depan dan ini memberi peluang kepada Sang Badak untuk melakukan persiapan mereka dengan pemain import baharu.
"Jika semuanya berjalan lancar, kami akan kembali turun beraksi dengan empat pemain import bertemu Kuantan FA pada 24 Mei depan," katanya.