Pemain sayap Jerman, Leroy Sane, terpaksa melupakan aksi persahabatan menentang Peru pada awal pagi Isnin ini selepas meninggalkan hotel penginapan pasukan atas sebab-sebab peribadi.
Sane melakukan penampilan selaku pemain gantian selama tujuh minit ketika aksi pembukaan Liga Negara-Negara UEFA menentang Perancis, Khamis lalu, namun gagal memberikan impak tatkala kedua-dua pasukan terikat 0-0 di Munich.
Kurang 24 jam selepas itu, pihak Jerman mengumumkan bahawa Sane telah meninggalkan kem pasukan kebangsaan.
Pemain berusia 22 tahun itu sedang melalui tempoh sukar dalam beberapa bulan terakhir sejak dicalonkan dalam beberapa anugerah individu Liga Perdana Inggers pada penghujung musim lalu.
Dia juga dikejutkan dengan penyingkiran daripada skuad Piala Dunia 2018 sebelum kehilangan tempat dalam kesebelasan utama Manchester City sejak awal musim ini.
Pengurus City, Pep Guardiola, menjelaskan prestasi pemain pertahanan, Benjamin Mendy, telah memberi kesan kepada keputusan yang dibuat sehingga Sane tidak tersenarai dalam skuad sewaktu juara bertahan itu menundukkan Newcastle United 2-1.
Jerman mengesahkan Sane telah berbincang dengan pengurus pasukan, Joachim Low, sebelum meninggalkan hotel penginapan pasukan, semalam.
Situasi itu tampak memberi gambaran kabur mengenai Sane, terutama selepas tahap disiplinnya dipersoalkan oleh rakan sepasukan dalam skuad Jerman, Toni Kroos, pada awal minggu ini walaupun akhbar Bild melaporkan bahawa tindakan itu terpaksa dilakukan kerana teman wanitanya dijangka melahirkan seorang bayi dalam masa beberapa hari lagi.
Setakat ini, Sane telah melakukan 13 penampilan bersama skuad kebangsaan Jerman.