Skip to main content

Bola Sepak

Sane perlukan latihan beberapa minggu sebelum kembali

leroy-sane-cropped_8zhmu0rv92gc143tg5rob3qfv.jpg
Leroy Sane perlukan masa untuk membina semula keyakinan terhadap kekuatan lutut kanannya sebelum kembali beraksi buat Manchester City selepas enam bulan disisihkan, kata pengurus, Pep Guardiola.

Ogos lalu, pemain sayap Jerman itu mengalami kecederaan lutut yang serius dalam aksi Perisai Komuniti menentang Liverpool hingga memaksanya berehat panjang serta perbincangan perpindahannya ke Bayern Munich ditamatkan.

Bayern dilaporkan masih mahukan khidmat pemain berusia 24 tahun itu yang telah menyinar bersama Schalke, City serta di peringkat antarabangsa dalam tempoh lima tahun terakhir.

Bagaimanapun, City berhati-hati dengan aset bernilai mereka itu dan walaupun Sane tampak akan kembali bersama skuad utama dalam beberapa minggu lagi, Guardiola tidak mahu tergesa-gesa.

Dia mungkin tidak akan dapat bersama skuad dalam aksi menentang West Ham, awal pagi Isnin ini tetapi dijangka terlibat dalam pertemuan dengan Leicester City dan Real Madrid, hujung bulan ini.

"Dia sudah mula berlatih bersama kami," kata Guardiola.

"Apabila anda cedera, lebih-lebih lagi situasi sebegini yang melibatkan enam bulan, anda perlu dapatkan semula rentak, keyakinan terhadap badan dan lutut serta mengelakkan diri daripada memikirkan kecederaan itu.

"Ia memerlukan masa dan bukan seperti kecederaan buku lali atau otot, contohnya. 

"Dia perlukan beberapa minggu. Apa yang penting, pembedahan itu sempurna dan dia sedang pulih dengan lancar. Dia akan kembali lebih kuat tetapi ketika ini, Sane perlukan sedikit masa."



Editor: Nafis Abdullah

Advertisement

Must Watch Video

Advertisement: No Ad Tag found