Leroy Sane memiliki potensi untuk mencapai tahap tertinggi dalam dunia bola sepak tetapi bintang Manchester City itu "perlu mengikut setiap arahan yang telah diberikan kepadanya".
Itu merupakan pandangan salah seorang pemain kebangsaan Jerman, Toni Kroos, yang percaya keputusan pengurus City, Pep Guardiola, mengetepikan Sane untuk perlawanan berdepan Newcastle United merupakan langkah yang tepat.
Pemain sayap itu turut diketepikan daripada skuad Joachim Low ke Piala Dunia, satu kejutan selepas dia mempamerkan persembahan cemerlang dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) tetapi kembali ke dalam skuad untuk berdepan Perancis dan Peru.
Pemain tengah Real Madrid, Kroos, memuji kebolehan serta potensi yang dimiliki Sane tetapi masih terdapat ruang untuk pemain itu memperbaiki kelemahannya.
"Dia boleh menjadi pemain bertaraf dunia tetapi dia memerlukan arahan dari semasa ke semasa untuk perkembangan dirinya," kata Kroos.
"Itu yang dilakukan Guardiola kerana tidak memilihnya beraksi berdepan Newcastle.
"Ia merupakan langkah yang diambil Guardiola untuk mendapatkan prestasi terbaiknya.
"Sememangnya, Sane adalah pilihan terbaik untuk Jerman. Dia mampu mengawal serta menggelecek bola dengan baik."