Leroy Sane menyifatkan kejayaan menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL) sebagai satu ketagihan selepas membantu Manchester City mempertahankan gelaran itu semalam.
City mempertahankan trofi liga selepas menewaskan Brighton and Hove Albion 4-1 dalam aksi terakhir semalam, sekali gus mengatasi Liverpool menerusi kelebihan satu mata hasil himpunan 98 mata.
Sane menyertai City daripada Schalke pada 2016 dan berbesar hati dapat menikmati satu lagi kejuaraan sambil menjelaskan perasaan yang dialami.
"Ia satu perasaan yang hebat," katanya.
"Musim ini dirasakan lebih panjang tetapi perasaan yang sama.
"Apabila anda mendapatkan trofi, anda cuba menyelaminya dan ia seperti satu ketagihan. Anda hanya mahu terus menang dan menang.
"Kami sangat bermotivasi. Untuk memenangi trofi, ia satu perasaan yang sukar digambarkan. Kini, kami mempunyai satu lagi final (Piala FA) dan semua orang gembira dengannya."
Sane hanya tampil 21 kali dalam kesebelasan utama liga musim ini tatkala dia bergelut untuk mengekalkan prestasi musim 2017-18 dan dia berharap dapat meningkatkannya selepas ini.
"Saya tidak melalui perlawanan yang banyak seperti musim lalu, namun semua orang tahu kami mempunyai kualiti mental yang kuat," ujar Sane.
"Saya cuba untuk memberikan yang terbaik di atas padang dan bermain seberapa banyak yang boleh.
"Kini tinggal satu aksi lagi. Musim depan adalah perkara berbeza. Jelas sekali sasaran saya setiap tahun adalah berada dalam kesebelasan utama."