Pemain import Kedah, Sandro Da Silva, mahu meneruskan rentak konsisten bersama Kedah selepas berehat dalam aksi menentang Melaka ekoran penggantungan.
Sandro meletakkan sasaran untuk mempamerkan penampilan lebih bertenaga selepas melewati tiga aksi 90 minit penuh bersama Lang Merah.
Justeru, aksi malam ini mahu disudahkan Sandro dengan satu lagi kemenangan selepas kegagalan di Ipoh tempoh hari memberikan kesan yang cukup besar buat Kedah.
"Selangor merupakan pasukan yang baik, saya terlepas perlawanan sebelum ini kerana digantung. Mereka merupakan pasukan yang agresif dan memiliki pemain berpengalaman.
"Saya telah mendapat rehat yang secukupnya selepas digantung akibat mengumpul tiga kad kuning. Sudah pasti saya akan bertenaga untuk perlawanan ini. Saya berharap dapat memberikan persembahan yang baik untuk membantu pasukan," katanya.
Sementara itu, seorang lagi import Kedah, Liridon Krasniqi, sudah pun melewati empat perlawanan membabitkan 90 minit penuh.
Status pertahanan import, Zachary Anderson, masih belum dapat dipastikan sama ada akan beraksi atau sebaliknya.
Pemain kelahiran Australia ini mengadu terasa sakit pada kecederaan lamanya dan tidak meneruskan sesi latihan akhir, semalam.
Kredit imej: FB Persatuan Bola Sepak Kedah