Skip to main content

Sukan Asia

(TERKINI) Sukan Asia Aichi-Nagoya: Tamparan hebat buat kem sepak takraw! Perejam negara cedera

dd

Perejam negara, Muhammad Noraizat Mohd Nordin, terpaksa diketepikan daripada temasya Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 susulan mengalami kecederaan ketika sesi latihan dan bakal digantikan dengan Shahalril Aiman.

Perkara itu disahkan Persekutuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) menerusi kenyataan rasmi: "Muhammad Noraizat Mohd Nordin mengalami kecederaan ketika menjalani sesi latihan pada sebelah pagi tadi dan setelah menjalani pemeriksaan, beliau disahkan tidak dapat beraksi dalam pertandingan.

"Susulan daripada perkara tersebut, Persekutuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) telah mengemukakan permohonan pertukaran pemain kepada Olympic Council of Asia (OCA) melalui Majlis Olimpik Malaysia (MOM).

 

 

 

"Muhammad Shahalril Aiman Halim telah dinamakan sebagai pemain pengganti bagi menggantikan Noraizat Nordin.

"Semoga segala urusan berkaitan pertukaran ini dipermudahkan dan berjalan dengan lancar. Satu tamparan kepada Skuad Kebangsaan.

 

 

 

"Didoakan agar Noraizat diberikan kesembuhan serta dipermudahkan segala urusannya." katanya.

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Must Watch Video

Advertisement