Tonggak tengah Harimau Malaya, Wan Kuzain Wan Ahmad Kamal, meluahkan perasaan kecewa selepas namanya tercicir daripada senarai 23 pemain serta 13 pemain dalam senarai bersedia skuad negara ke Piala ASEAN FIFA 2026.
Pemain Sporting JAX yang berpangkalan di Amerika Syarikat itu menjadi antara pemain utama negara sebelum ini dalam kempen ASEAN Hyundai Cup dengan melakukan empat penampilan selain merekodkan satu gol dan satu bantuan jaringan.
Obviously disappointed to not be called up. More disappointing to find out through social media. Nonetheless just have to work harder to become a mainstay on the team. Wish the team the very best and can’t wait to cheer them on 💛
— Wan Kuzain (@LeKuz7) September 19, 2026
"Sudah tentu merasa kecewa tidak mendapat panggilan (menyertai skuad kebangsaan). Lebih mengecewakan lagi mengetahui perkara itu melalui media sosial.
"Tidak mengapa, hanya perlu kerja lebih keras untuk menjadi tonggak utama dalam pasukan. Saya ucapkan selamat berjaya kepada pasukan dan tidak sabar menyokong mereka." katanya.