West Ham United melengkapkan perpindahan Carlos Sanchez dari Fiorentina, sekali gus menjadi pemain kesembilan yang dibawa masuk oleh pengendali pasukan, Manuel Pellegrini.
Pemain tengah berusia 32 tahun itu menandatangani kontrak selama dua tahun menerusi perpindahan yang tidak dinyatakan nilai yuran yang dipersetujui.
Sanchez, yang tampil 88 kali buat skuad kebangsaan Colombia, mengharungi babak kedua musim lalu menerusi pinjaman ke Espanyol sebelum melakukan 14 penampilan.
Sebelum ini, dia melalui tempoh selama dua tahun bersama Aston Villa, menyaksikan pasukan itu tersingkir ke Liga Kejuaraan tetapi bekas pemain Elche dan Valenciennes itu tidak berdepan masalah untuk kembali ke England.
"Saya sentiasa mengimpikan aksi dalam Liga Perdana Inggeris," katanya.
"Sebelum ini, ketika bersama Aston Villa, kami bermula dengan baik tetapi ia tidak berakhir dengan bagus. Bagaimanapun, saya sentiasa ingin kembali dan hari ini, saya di sini berbekalkan misi dan keinginan yang sama.
"Saya gembira dapat berada di West Ham," ujarnya.
Sanchez tampil tiga kali buat Colombia dalam Piala Dunia 2018, termasuk aksi selama 79 minit ketika tewas di tangan England dalam pusingan kedua.
The Hammers turut membawa masuk penggempur Arsenal, Lucas Perez, menyertai senarai pemain baru seperti Felipe Anderson, Andriy Yarmolenko dan Jack Wilshere.