Alexis Sanchez menyertai sesi latihan pertama bersama Inter Milan awal pagi tadi selepas melengkapkan perpindahan secara pinjaman daripada Manchester United.
Penyerang itu sah kembali ke dalam saingan Serie A semalam selepas gagal memenuhi tuntutan sejak ketibaannya di Old Trafford, Januari tahun lalu.
Pemain berusia 30 tahun itu kembali disatukan dengan sorang lagi penyerang United, Romalu Lukaku, di Inter dan gandingan itu juga akan kembali beraksi di bawah kendalian Antonio Conte menjelang pertemuan Serie A dengan Cagliari, awal pagi Isnin ini.
Masih belum dapat dipastikan sama ada Sanchez cukup cergas untuk diturunkan dalam perlawanan itu atau tidak memandangkan dia tidak menyertai jelajah pramusim United gara-gara kecederaan yang dialaminya ketika mewakili skuad kebangsaan Chile dalam Copa America.
Sementara itu, saksikan secara langsung perlawanan di antara United dan Southampton di Rasta, TTDI, malam ini, bermula 6 petang hingga 9.30 malam, anjuran istimewa Stadiumastro dan Astro Awani.