Alexis Sanchez telah dinamakan sebagai Pemain Terbaik Arsenal musim ini oleh peminat kelab itu manakala Mesut Ozil gagal menempatkan diri dalam kalangan tiga pemain terbaik.
Arsenal mengumumkan Sanchez merupakan pemain pilihan undian penyokong selepas mempamerkan aksi individu yang menyaksikan dia merekodkan 29 gol dalam semua pertandingan.
Ia merupakan kali kedua dalam tempoh tiga tahun pemain Chile itu memenangi anugerah itu dan dia berada di kedudukan kedua ketika mereka terlepas merangkul gelaran liga pada 2016.
Ozil merupakan pemenang musim lalu, begitupun dia tidak mendapat pengiktirafan dalam kalangan tiga pemain terbaik musim ini, susulan dikritik hebat oleh ramai pemerhati ekoran prestasi yang tidak menentu sehingga pengurus kelab, Arsene Wenger, tampil mempertahankannya.
Alex Oxlade-Chamberlain berada di tempat kedua di belakang Sanchez, dengan Laurent Koscielny di kedudukan ketiga.
Sanchez, Ozil dan Oxlade-Chamberlain berdepan masa depan yang tidak menentu di Arsenal apabila kontrak mereka hanya berbaki setahun, lalu menerbitkan potensi penghijrahan menjelang aksi perlawanan akhir Piala FA dengan Chelsea, tengah malam ini.
Perlawanan akhir itu menyaksikan Gunners kini memburu trofi Piala FA ketiga dalam tempoh empat tahun dalam usaha mereka menamatkan musim ini dengan trofi, apatah lagi setelah terlepas slot Liga Juara-Juara buat pertama kalinya dalam tempoh 20 tahun.