Skip to main content

Bola Sepak

Sanchez bakal terlepas aksi bertemu Colombia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

arsenal-star-sanchez-injured-on-chile-duty.jpg

Penyerang Arsenal, Alexis Sanchez, bakal terlepas aksi kelayakan Piala Dunia bertemu Colombia pada Khamis kerana mengalami kecederaan.

Sanchez terpaksa menamatkan sesi latihan awal pada Selasa, dengan laporan daripada media tempatan mencadangkan dia mengalami kecederaan di bahagian betis.

Persatuan Bola Sepak Chile (ANFP) mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa Sanchez mengalami kecederaan otot gred rendah tetapi tidak mendedahkan secara terperinci kecederaan yang dialami.

Pemain berusia 27 tahun itu akan kekal bersama skuad kendalian Juan Antonio Pizzi untuk membuktikan tahap kecergasan untuk perlawanan bertemu Uruguay.

"Staf perubatan pasukan kebangsaan Chile telah mendapati Alexis Sanchez mengalami kecederaan otot gred rendah," jelas kenyataan daripada ANFP.

"Pemain ini akan kekal di Santiago, bagi meneruskan proses pemulihan serta penilaian untuk kembali bersedia untuk perlawanan berdepan Uruguay."

Chile kini menduduki tangga kelima aksi kelayakan Piala Dunia zon Amerika Selatan, satu mata di belakang Colombia.

Advertisement

Must Watch Video