ARSENAL 2 SUNDERLAND 0
Arsene Wenger memuji keinginan yang dimiliki oleh Alexis Sanchez ketika membantu Arsenal meraih kemenangan 2-0 berdepan Sunderland di Stadium Emirates.
Pemain kebangsaan Chile itu hampir tidak diturunkan kerana mengalami kecederaan tetapi Wenger tetap menyenaraikan Sanchez di dalam kesebelasan utama.
Perjudian Wenger membuahkan hasil setelah Sanchez menjaringkan dua gol selepas separuh masa kedua bermula bagi menghidupkan harapan The Gunners kembali beraksi dalam Liga Juara-Juara (UCL) musim hadapan dan Wenger tidak memiliki apa-apa kecuali pujian yang dihamburkan kepada pemain itu.
"Saya telah membuat keputusan untuk menurunkan Sanchez beberapa jam sebelum perlawanan bermula," kata Wenger.
"Apabila dia berada di atas padang, bermain seperti orang dirasuk dan melupakan kesakitan yang dialaminya.
"Tiada siapa yang mempersoalkan keinginan dan kualitinya. Dia telah meningkatkan kebolehannya untuk menjadi pemain berkelas dunia dan tidak membazirkan masanya di sini.
"Saya berharap ia berkekalan buat jangka masa panjang."
Sanchez kini telah merekodkan 23 gol dalam 37 penampilan Liga Perdana Inggeris (EPL) dan hanya ketinggalan satu gol di belakang bintang Everton, Romelu Lukaku, dalam persaingan penjaring terbanyak liga.