Pemain bintang Arsenal, Alexis Sanchez, mempertahankan pengendali, Arsene Wenger, namun sekali lagi enggan mengesahkan sama ada akan kekal di kelab berpangkalan di London itu.
Sanchez -- yang kontraknya akan berakhir pada pertengahan 2018 -- sering dikaitkan dengan perpindahan dari Stadium Emirates.
Masa depan Wenger turut menjadi tanda tanya, dengan kontraknya akan berakhir hujung musim ini sambil penyokong kelab itu menggesa pemecatannya.
Sanchez menegaskan dia masih belum pasti tentang masa depannya, namun berkata segala-galanya akan bergantung kepada The Gunners.
"Saya tidak boleh memberitahu kamu tentang masa depan saya. Kita perlu tunggu dan lihat sehingga hujung musim ini," katanya kepada The Mirror.
"Seperti saya katakan, ia tidak bergantung kepada saya sebaliknya kepada kelab ini. Apa yang mereka suka atau tidak suka.
"Kenyataan saya tetap sama: Saya akan lakukan yang terbaik, menyokong pasukan ini, menjaringkan gol dan melakar kemenangan.
"Jika mereka suka dengan cara saya, saya akan teruskan. Apa sahaja yang mereka mahukan, kita akan tentukan di hujung kejohanan."
Arsenal menduduki tangga kelima Liga Perdana Inggeris ketika ini dan akan berdepan Chelsea dalam final Piala FA, namun musim The Gunners turut dibayangi penyokong yang mahukan Wenger berundur.
Sanchez mengakui tidak berpuas hati dengan layanan yang diberikan terhadap Wenger selepas 21 tahun menabur bakti.
"Bagi saya, demonstrasi penyokong bukan tindakan yang betul. Dia adalah seorang pengurus yang telah memberikan segala-galanya kepada kelab ini untuk tempoh 21 tahun," katanya.
"Dia yang bertanggungjawab mencipta imej kelab ini."