Skip to main content

Bola Sepak

Sanches pamer aksi "istimewa" -- Kovac

renatosanches.jpg
BENFICA 0 BAYERN MUNICH 2

Ketua jurulatih Bayern Munich, Niko Kovac, menghamburkan pujian kepada Renato Sanches yang mempamerkan aksi "istimewa" ketika mengatasi Benfica dalam aksi pembukaan Liga Juara-Juara (UCL), awal pagi tadi.


Bekas pemain tengah Benfica, Sanches, kembali menghantui bekas majikannya, dengan pemain berusia 21 tahun itu berjaya meledak jaringan ketika Bayern meraih kemenangan 2-0 di Estadio da Luz.

Sanches mengharungi musim lalu dengan dipinjamkan ke Swansea City tetapi telah diberikan kepercayaan beraksi bersama Bayern dan membalas kepercayaan dengan menjaringkan gol dalam babak kedua selepas melakukan bantuan jaringan buat Robert Lewandowski bagi gol pembukaan pada awal permainan.

Benfica turut memberikan tepukan kepada Sanches –- yang meninggalkan gergasi Portugal itu pada 2016.

"Saya sangat gembira," kata Kovac. "Seperti apa yang saya katakan di Munich, Renato bukan sekadar pemandu perjalanan buat kami.

"Sebenarnya Thiago Alcantara turun beraksi tetapi apabila kami mengetahui dia akan terlepas perlawanan ini, saya berasakan ia adalah waktu yang terbaik untuk menurunkan Sanches.

"Apa yang telah dilakukan dalam perlawanan ini adalah istimewa. Anda dapat melihat mengapa dia seorang pemain yang bagus pada usia yang muda. Pemain yang memiliki teknik serta kemahiran fizikal. Dia turut menjaringkan gol.

"Saya perlu memujinya kerana penyokong Portugal turut memberikan tepukan kepadanya. Anda tidak dapat melihat perkara ini selalu.

Mengenai perlawanan, Kovac berkata, "Kami mahukan permulaan yang baik untuk Bundesliga dan UCL.

"Kami mahu mara jauh dalam saingan UCL. Kami perlu kekal fokus dan banyak pasukan yang kini cuba mengatasi kami."
 

Advertisement

Must Watch Video