Skip to main content

Bola Sepak

Sanches janji pamer aksi lebih mantap musim hadapan

9517renatosanches.jpg
Renato Sanches mengakui musim pertamanya di Bayern Munich agak mengecewakan dan menegaskan mahu bangkit pada musim seterusnya.

Pemain berusia 19 tahun itu berhijrah ke Allianz Arena daripada Benfica selepas mempamerkan persembahan yang mantap ketika membantu pasukan kebangsaannya, Portugal, menjuarai Euro 2016 tetapi Sanches kemudian bergelut mencipta impak dalam Bundesliga.

Carlo Ancelotti hanya menurunkannya sebagai pemain utama sebanyak enam kali dan terdapat beberapa laporan menyatakan Sanches bakal dipinjamkan pada musim akan datang.

"Ia bukan satu musim yang baik dan saya berharap untuk bangkit pada musim hadapan. Saya menjangkakan lebih lagi, tetapi saya yakin mampu membuktikan kebolehan saya pada masa akan datang.

"Saya perlu membuat persediaan jika mahu mendapatkan lebih banyak masa beraksi."

Advertisement

Must Watch Video