Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

Sampaoli hanya akan tinggalkan Sevilla untuk kendali Argentina

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

20517jorge-sampaoli.jpg
Jorge Sampaoli mengesahkan beliau akan menerima tawaran untuk mengendalikan Argentina selepas Persatuan Bola Sepak Argentina (AFA) mengumumkan keinginan mereka mendapatkan khidmat jurulatih Sevilla sebagai pengganti Edgardo Bauza.

Sampaoli masih belum menerima kontrak daripada AFA tetapi keputusannya meninggalkan Sevilla tidak dapat dielakkan.

Bauza mengendalikan lapan perlawanan Argentina sebelum dipecat, dengan La Albiceleste kini menduduki tangga kelima dalam saingan kelayakan Piala Dunia 2018 zon Amerika Selatan, dan mereka perlu mengakhiri saingan dalam kelompok empat terbaik untuk beraksi di Russia.

Sampaoli yang mengendalikan Chile ketika mereka menjuarai Copa America 2015, mengesahkan beliau hanya akan meninggalkan Sevilla jika menerima tawaran berkhidmat sebagai pengendali Argentina.

"Ia merupakan impian saya untuk mengendali skuad kebangsaan saya. Negara saya memiliki niat yang jelas untuk menawarkan kontrak kepada saya," kata Sampaoli.

"Saya hanya akan meninggalkan Sevilla jika mengambil alih tugas ketua jurulatih Argentina. Ia adalah tawaran yang tidak akan saya tolak."

Sevilla akan menamatkan saingan LaLiga di tempat keempat musim ini, sekaligus memastikan mereka akan bersaing dalam Liga Juara-Juara (UCL) -- dengan memastikan mereka memenangi perlawanan play-off.

"Tiada siapa yang akan mengetepikan saya daripada perlawanan terakhir Sevilla. Saya telah memberikan yang terbaik dan mahu menikmati setiap saat bersama pasukan ini."
 

Advertisement

Must Watch Video