Ketua jurulatih Paris Saint-Germain (PSG), Thomas Tuchel, mengakui bimbang di atas kemungkinan sambutan hari jadi Neymar akan menjadi 'gangguan' buat pasukannya.
Neymar akan genap berusia 28 tahun, Rabu ini tetapi tetapi akan menyambutnya hari ini di sebuah kelab malam di Paris.
PSG, yang mengatasi Montpellier 5-0 semalam dengan Neymar mempergayakan rambut berwarna merah jambu, akan berdepan Nantes, Selasa ini.
Tuchel enggan mengesahkan jika beliau akan menghadiri sambutan tersebut tetapi mengakui bimbang ia akan menjadi gangguan kepada pemain-pemain di samping menegaskan reaksi berang Kylian Mbappe yang dikeluarkan ketika berdepan Montpellier boleh memburukkan lagi keadaan.
"Saya tidak akan memberitahu anda jika saya akan menghadiri sambutan hari jadi Neymar, anda perlu lihat nanti," kata Tuchel.
"Sejujurnya, ia adalah satu gangguan. Saya sentiasa mahu mempertahankan pemain-pemain saya. Mereka adalah pemain-pemain saya.
"Tetapi kelakuan Mbappe atau sambutan hari jadi Neymar adalah gangguan dan ia memberikan imej yang tidak profesional kepada pasukan."
Neymar juga kelihatan berbalah dengan pegawai perlawanan pada separuh masa ketika menang di Parc des Princes, dengan penyerang Brazil itu dilaporkan mempersoalkan keputusan pengadil, Jerome Brisard, atas layangan kad kuning yang diterimanya pada minit ke-38.
Editor: Ammar Hakim