Mohamed Salah "yakin" Liverpool mampu memenangi Liga Juara-Juara (UCL) selepas skuad kendalian Jurgen Klopp itu melepasi halangan terakhir musim lalu.
Salah mengalami kecederaan selepas bertembung dengan kapten Real Madrid, Sergio Ramos, dalam aksi final pada Mei lalu, dengan dua kesilapan Loris Karius dan sepakan gunting Gareth Bale memastikan kemenangan gelaran hatrik buat skuad bimbingan Zinedine Zidane itu.
Liverpool akan membuka kempen UCL musim 2018-19 berdepan juara Ligue 1, Paris Saint-Germain (PSG), di Anfield esok manakala Napoli akan berdepan Red Star Belgrade dalam saingan Kumpulan C.
Salah mengambil positif setiap peluang Liverpool untuk meraih kejayaan pada Mei nanti.
"Musim lalu, kami menyingkirkan Manchester City, kemudian Roma, yang menewaskan Barcelona dalam suku akhir," katanya.
"Ia merupakan perlawanan yang menakjubkan. Kami berdepan pasukan yang pernah merangkul gelaran dan kami berjaya ke final. Saya yakin kami mampu mengulanginya.
"Saya pasti kami mampu memenanginya. Kami mampu memenangi UCL dan gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL).
"PSG memiliki pemain yang berkualiti. Saya tidak sabar untuk berdepan mereka," katanya lagi.
Salah mendominasi EPL musim lalu, menjaringkan 32 gol untuk meraih Kasut Emas selepas berhijrah daripada Roma.