Mohamed Salah menuntut jawapan daripada Persatuan Bolasepak Mesir (EFA) apabila pertelingkahannya dengan badan induk bola sepak negara itu terus berlanjutan.
Salah sebelum ini lantang mengulas mengenai EFA, dengan masalah yang dilaporkan berpunca daripada isu hak imej pada awal tahun ini.
Bintang Liverpool itu beraksi dalam kecederaan ketika bersama Mesir dalam Piala Dunia, dengan pemulihan daripada kecederaan bahu yang dialaminya dalam final Liga Juara-Juara menjejaskan prestasinya dalam kejohanan itu.
Salah akan kembali beraksi di pentas antarabangsa di bawah jurulatih baru, Javier Aguirre, bulan depan, dengan Mesir bakal menghadapi Nigeria bagi kelayakan Piala Dunia Afrika 2019.
Tetapi penyertaannya dalam perlawanan itu boleh diragui kerana Salah mempersoalkan EFA di media sosial hari ini.
"Adalah normal bahawa persekutuan bola sepak berusaha menyelesaikan masalah pemainnya supaya mereka dapat berasa selesa," tulis Salah dalam Twitter.
"Tetapi pada hakikatnya, apa yang saya lihat adalah sebaliknya. Tidak normal bahawa mesej saya dan surat peguam saya diabaikan ...
"Saya tidak tahu mengapa semua ini berlaku? Adakah kamu tidak mempunyai masa untuk memberi respons kepada kami?!"
Wakil Salah, Ramy Abbas Issa, juga berkata dalam media sosial: "Kami meminta jaminan mengenai kesejahteraan Mohamed sementara dengan pasukan kebangsaan, dan jaminan bahawa pelanggaran hak asasi tidak akan berlaku lagi. Mereka belum memberi maklum balas."