EPL
Salah meterai kontrak baru dengan Liverpool
Mohamed Salah menandatangani kontrak baru dua tahun dengan Liverpool untuk menamatkan sebarang spekulasi mengenai masa depannya yang terdekat.
Kontrak pemain berusia 32 tahun itu akan berakhir pada akhir musim ini, sekali gus mencetuskan banyak spekulasi mengenai kemungkinan perpindahan ke Arab Saudi.
Tetapi dengan perjanjian baru yang baru diumumkan, dia akan berada di Anfield sekurang-kurangnya hingga musim 2026-27 berakhir.
Iklan
Salah muncul pemain terbilang Liverpool sejak dia menyertai Roma pada 2017 untuk melalui tempoh paling berjaya dalam kariernya setakat ini..@MoSalah has signed a new contract that will keep him with the club beyond the 2024-25 season 😁🔴— Liverpool FC (@LFC) April 11, 2025
Dalam 393 penampilan bersama The Reds, Salah telah menjaringkan 243 gol dan memberikan 109 bantuan jaringan, malah musim ini menjadi prestasi terbaik dengan meledak 32 gol dan 21 bantuan jaringan dalam 45 perlawanan.
Jumlah itu termasuk 27 gol Liga Perdana Inggeris (EPL) yang menyaksikan Liverpool berkelebihan 11 mata di puncak dengan baki tujuh perlawanan untuk menambah koleksi memenangi dua trofi EPL, Liga Juara-Juara, Piala FA, dua Piala Liga Inggeris (EFL) dan Piala Dunia Kelab.
Must-Watch Video