Mohamed Salah merujuk kepada kecederaan yang dialaminya dalam final Liga Juara-Juara (UCL) musim lalu selepas menjaringkan sepakan penalti ketika Liverpool meraih kemenangan 2-0 ke atas Tottenham, awal pagi tadi.
Penyerang itu, yang terpaksa dikeluarkan ketika The Reds tewas 3-1 kepada Real Madrid di Kiev pada Mei 2018, menjaringkan gol pertama Liverpool pada minit kedua di Wanda Metropolitano sebelum Divock Origi memastikan kemenangan skuad kendalian Jurgen Klopp itu pada minit ke-87.
Dalam aksi final musim lalu, Salah meninggalkan padang dengan linangan air mata selepas mengalami kecederaan bahu selepas diasak pertahanan Real, Sergio Ramos, dan pemain kelahiran Mesir itu gembira dapat menamatkan perlawanan kali ini.
"Sejujurnya, saya tidak tahu untuk berkata apa tetapi semua gembira pada ketika ini," katanya.
"Saya sangat gembira kerana beraksi selama 90 minit dalam perlawanan ini.
"Semua sudah melakukan yang terbaik unuk menang."
Menjelaskan perjalanannya yang bermula sebagai pemain muda dari Al-Mokawloon hingga bergelar juara Eropah, Salah berkata ia merupakan satu laluan yang berliku.
"Banyak yang saya korbankan dalam karier saya, terutama meninggalkan kampung halaman untuk bermain di Kaherah.
"Menjadi pemain Mesir pada tahap ini merupakan sesuatu yang sukar untuk dipercayai.
"Ia merupakan impian saya sejak berusia tujuh tahun untuk menjuarai UCL. Saya mahu menjadi pemain Arab pertama memenangi gelaran ini dua kali."