Skip to main content

Bola Sepak

Saingan Liga Juara-Juara Eropah buat De Jong kekal di Ajax

frenkie-de-jong_n2seto5ntbar13h4lqv1ckmxl.jpg
Pemain yang menjadi sasaran Barcelona, Frenkie De Jong, mengesahkan dia tidak akan meninggalkan Ajax selepas membantu pasukannya mara ke peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah, musim ini.

Gergasi Eredivisie, Ajax, mengikat Dynamo Kiev 0-0 di Ukraine awal pagi semalam untuk memastikan kemaraan selepas mencatat kemenangan 3-1 dalam aksi pertama di laman sendiri.

De Jong telah dikaitkan dengan perpindahan ke Barcelona tatkala juara LaLiga itu dikatakan mahu memperkuatkan barisan tengah sebelum tamat jendela perpindahan esok.

Bagaimanapun, pemain berusia 21 tahun itu menegaskan dia tidak akan meninggalkan Ajaz setelah Ajax memastikan tempat dalam saingan elit Eropah itu.

"Mungkin satu hari nanti saya akan ke Barcelona tetapi bukan musim ini," katanya.

"Saya kekal bersama Ajax. Saya rasa ia akan menjadi tahun yang bagus.

"Saya gembira untuk mewakili Ajax berdepan Barcelona. Pasukan kami bagus dan kami layak beraksi di peringkat kumpulan. Kini, kami mahu saksikan kemampuan kami di pentas Liga Juara-Juara.

"Ia bakal menjadi penampilan pertama saya tetapi saya berharap Ajax akan diundi dalam kumpulan yang hebat."

Selain De Jong, seorang lagi pemain muda Ajax, Matthijs De Ligt, turut dikaitkan dengan perpindahan ke Camp Nou.
 

Advertisement

Must Watch Video