Skip to main content

Bola Sepak

Sagna tinggalkan Citizens

sagna-260517.jpg

Bacary Sagna merupakan nama terbaru yang meninggalkan Manchester City selepas Jesus Navas dan Willy Caballero turut mengesahkan pemergian mereka, semalam.

Sagna memperkuatkan skuad Citizens selepas berpindah ke Etihad dari Arsenal pada tahun 2014.

Advertisement

Terdahulu, Pablo Zabaleta merupakan pemain pertama yang mengumumkan untuk meninggalkan City, dua minggu lalu.

Kesemua pemain itu memilih untuk meninggalkan juara dua kali Liga Perdana Inggeris itu selepas tidak dilanjutkan kontrak yang tamat pada penghujung musim 2016-17 ini.

Sagna yang berusia 34 tahun hanya memulakan perlawanan liga sebanyak 14 kali pada musim ini.

“Ia merupakan satu penghormatan untuk bermain di sini,” kata Sagna.

“Saya mahu berterima kasih kepada seluruh pasukan dan suka untuk menyatakan saya menikmati setiap saat di sini,” ujarnya.

Satu-satunya pemain bintang yang masih belum diketahui nasibnya di Etihad adalah Yaya Toure, yang turut akan tamat kontrak pada musim ini.


 

Must Watch Video