Skip to main content

Bola Sepak

Safuwan tidak akan tinggalkan Selangor

safuwan-baharudin.jpg
Pemain tengah Selangor, Safuwan Baharudin, memberi jaminan bahawa dia akan kekal bersama skuad Gergasi Merah itu menjelang perlawanan pertama Liga Super menentang Pahang hujung bulan ini.

Pemain kelahiran Singapura itu dikhabarkan menerima tawaran lumayan daripada sebuah kelab Liga 1 Thailand baru-baru ini.

Bagaimanapun, perbincangan di antara kedua-dua pasukan itu gagal menemui titik pertemuan dan ketua jurulatih, B, Sathianathan, mahu mengekalkan khidmat perancangnya itu.

"Perancangan tidak berlaku seperti yang sepatutnya berlaku dua hari lalu.

"Jadi, saya melakukan pusingan U dan harus memberikan yang terbaik buat Selangor," katanya.

Dalam pada itu, Safuwan turut berharap perjalanan kariernya bersama Selangor musim ini akan berjalan lancar selepas hampir meninggalkan pasukan itu tanpa sebarang aksi kompetitif.

"Saya agak lega kerana berita itu (perpindahan ke Thailand) sebenarnya agak mengejutkan saya.

"Tetapi inilah lumrah kami sebagai pemain bola sepak.

"Hari ini di pasukan ini dan esok mungkin di pasukan lain.

"Saya lega kerana ia sudah selesai," tambahnya.



Editor: Muzaffar Musa

Advertisement

Must Watch Video

Advertisement: No Ad Tag found