Bekas penyerang skuad kebangsaan, Safee Sali, mengakui turut berasa terkesan atas insiden yang menimpa tiga pemain bola sepak, iaitu Akhyar Rashid, Faisal Halim dan Safiq Rahim, baru-baru ini.
Safee berasa bimbang dan terancam susulan tiga kejadian itu dan perlu memikirkan sesuatu, termasuk mengupah pengawal peribadi, agar sentiasa dapat pulang ke pangkuan keluarganya dengan selamat.
Dalam satu video yang diterbit Astro Awani, bekas bintang Johor Darul Ta'zim (JDT) itu berkata: "Sebagai seorang bekas pemain, saya turut rasa terkesan.
"Saya akan lebih berhati-hati dan tidak akan berjalan seorang diri selepas ini.
"Saya perlu mengambil pengawal keselamatan atau perlu memikirkan sesuatu demi keselamatan saya.
"Saya akan melakukan segala-galanya untuk memastikan saya dapat pulang ke pangkuan keluarga dengan selamat," katanya.
Stadium Astro
Thu May 09 2024