Penyerang Petaling Jaya City FC, Safee Sali, bersedia untuk beraksi selama 90 minit dalam saingan Piala Malaysia selepas pulih sepenuhnya daripada kecederaan lutut yang membelenggunya sejak Jun lalu.
Bekas penyerang kebangsaan itu mengalami kecederaan berkenaan ketika bertemu Kedah dalam saingan liga, namun dia kini berkeyakinan untuk berdepan Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam aksi Kumpulan B di Larkin, malam ini.
Sabtu lalu, Safee hanya dimasukkan pada 20 minit terakhir dalam perlawanan pembukaan menentang PKNP FC.
Bagaimanapun, dia percaya ketua jurulatihnya, K. Devan, akan merangka percaturan terbaik untuk mengulangi kejayaan menewaskan skuad Harimau Selatan itu dalam saingan liga.
"Ia bergantung kepada percaturan jurulatih di mana dia yang akan mengatur strategi.
"Saya sentiasa bersedia dan apa yang penting, semua pemain nampak cukup bermotivasi dan cukup bersemangat untuk bertemu JDT sekali lagi di Larkin," katanya.
Tambah pemain berusia 35 tahun itu, pasukannya kini semakin bersemangat selepas kejayaan menundukkan PKNP FC 2-1 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya.
"Kami tahu kali ini perlawanan yang berbeza.
"Sudah tentu JDT akan membuktikan mereka tidak sepatutnya kalah dalam liga," tambahnya.