Pemain sayap negara, Safawi Rasid, difahamkan akan kembali ke pangkuan Johor Darul Ta'zim (JDT) selepas tempoh pinjamannya bersama Terengganu tamat pada 30 Jun depan.
Wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, melaporkan anak jati Dungun, Terengganu itu berkemungkinan besar akan kembali ke Stadium Sultan Ibrahim (SSI) selepas setahun memperkuatkan negeri kelahirannya.
Sebagai rekod, Safawi melakukan 35 penampilan buat Terengganu sepanjang musim 2024-25 selain menghasilkan 18 gol dan lima bantuan jaringan.

Welcome back Safawi, difahamkan Safawi Rasid pulang ke pangkuan JDT selepas tempoh pinjaman bersama Terengganu berakhir 30 Jun 2025. ???@ASTROARENA pic.twitter.com/potcEPRNVJ
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) April 30, 2025