"Saya sedia sahut panggilan skuad kebangsaan," itu keazaman pemain tonggak skuad bawah 22 tahun (B-22) negara, Safawi Rasid selepas skuad senior gagal mencetuskan impak dalam aksi pertama Kelayakan Piala Asia 2019 apabila tewas 2-1 berdepan Lubnan, 13 Jun lalu.
Pengendali, Nelo Vingada, rata-rata membariskan pemain berusia dalam aksi di Larkin itu dengan sembilan daripada 25 pemain sudah pun melewati usia 30 tahun.
Tindakan itu mengundang kecaman daripada peminat bola sepak tanah air yang mahukan perubahan dengan menggandingkan pemain muda dan senior ketika berdepan Hong Kong, September depan.
"Saya memang bersedia kerana sebelum ini saya pernah dipanggil, jadi tahun ini saya mahu beraksi di peringkat lebih tinggi bersama skuad senior," jelasnya.
Selain Safawi, Jafri Firdaus Chew, Syafiq Ahmad dan Adib Zainuddin turut dicanang sebagai pemain yang layak menyarung jersi skuad senior.
"Saya memang teruja kerana berlatih di bawah kendalian jurulatih dan kepimpinan baru. Ini masa terbaik untuk saya membuktikan bahawa saya mampu beraksi di pentas antarabangsa," tambah Safawi.